CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 1, 2012

[kopi.pes] CALON SUAMI YANG BAIK



karya asal :- [ http://www.ilmi-islam.com/calon-suami-yang-baik/ ]
Pernikahan. Saya yakin fitrah ini wujud dalam hati setiap manusia. Namun, untuk menuju ke arahnya bukan satu perkara yang mudah. Ada saja cabaran dan ujian yang perlu dilalui. Jangan mengeluh. Jangan mengalah. Ketahuilah, Allah sengaja menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian untuk meningkatkan diri kita supaya menjadi manusia yang lebih beriman serta meninggikan darjat kita di sisiNya.
Rumah tangga bukan hanya dibina atas rasa suka-suka, sayang-sayang, cinta-cinta. Malah, lebih dari itu. Rumah tangga dibina berdasarkan persediaan dan tanggungjawab. Seseorang yang mahu membina rumah tangga itu perlu membina peribadinya untuk memikul tanggungjawab yang bukan mudah.
Setiap manusia ada prinsip dan pendirian masing-masing dalam meletakkan sesuatu sebagai asas pemilihan bagi sesuatu perkara. Seperti juga dalam pemilihan bakal isteri dan suami. Pernah saya diajukan soalan oleh sahabat-sahabat akhawat saya.
“Kalau awak, awak nak suami yang macam mana?”
“Semua orang mesti ada ciri-ciri yang diidamkan kalau nak pilih suami kan? Awak ada tak?”
Pelbagai soalan lagi yang saya terima. Pernah saya bagi jawapan “Sesiapa pun boleh” atau “Yang beragama” atau yang seumpama waktu dengannya. Namun, masih ada yang belum berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan. Sehingga ada yang bertanya, “Takkan tak ada yang spesifik? Ni bukannya meletakkan sebagai syarat wajib. Tapi, cuma ciri-ciri yang kita nak.”
Saya bukanlah seorang yang sempurna untuk mendapatkan yang sempurna. Justeru itu, tidak layak bagi saya untuk menetapkan apa yang saya mahu. Namun, selepas menerima beberapa persoalan itu, saya mula berfikir. Tidak salah untuk mempunyai sebarang ciri idaman lantas mengutarakan pendapat. Sejujurnya, saya tidak menemui sebarang jawapan. Mungkin kerana tika itu saya tidak memikirkan lagi soal baitul muslim ini. Sehinggalah suatu hari saya terbaca Majalah Solusi Edisi 36 yang bertajuk Cahaya Dalam Kegelapan Subuh. Pada saat saya membaca setiap penulisan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi serta kolumnis yang lain di dalam majalah itu, saya rasa kagum.

“Kekuatan umat Islam pada solat Subuh berjemaah!” Begitulah yang banyak ditekankan di dalam majalah itu. Kebenaran inilah yang membuatkan saya tersedar.

Saya akui. Keadaan umat Islam pada hari ini makin sakit, makin parah. Cinta dan nafsu dianggap tuhan, akhlak semakin runtuh, kezaliman berleluasa dan banyak lagi yang telah rosak. Justeru, hal ini perlu dipulihkan. Dan proses pemulihan ini perlu dilakukan bermula dari dalam diri setiap Muslim.
Sebarang bentuk permulaan ke arah yang lebih baik adalah bermulanya dari diri sendiri. Kenali siapa itu Maha Pencipta. Kembali kepada Dia. Dekatkan diri denganNya. Bagaimana hubungan kita dengan Allah? Persoalan itu yang sepatutnya disoal kepada diri sendiri. Kemudian, terus membaikinya hari demi hari. Selepas itu, barulah berfikir untuk memilih calon suami atau isteri yang baik. Untuk mendapatkan bakal suami atau isteri yang baik, kita perlu menjadi baik dahulu. Rumah tangga itu adalah asas pembangunan ummah. Yang bakal membimbing isteri dan keluarga adalah suami. Lantaran itu, saya berfikir, untuk membina rumah tangga yang baik perlu bermula dengan diri sendiri, seterusnya pemilihan suami yang baik.
Semestinya penulisan ini saya lebih utamakan buat muslimat kerana membicarakan tentang calon suami. Di sini, saya ingin mengutarakan pendapat tentang calon suami yang baik iaitu seorang lelaki yang istiqamah menunaikan solat jemaah di masjid terutama solat Subuh.

Kenapa saya megutarakan pendapat ini?
(1) Seorang lelaki yang istiqamah menunaikan solat jemaah di masjid terutama solat Subuh sudah semestinya seorang yang mengutamakan Allah S.W.T dalam segala hal. Kerana apa saya katakan begitu? Mudah saja jawapannya. Kerana dia berjaya dengan cemerlang melawan nafsu dan godaan syaitan untuk bangun awal pagi menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala. Ini menunjukkan perasaan cinta yang mendalamnya terhadap Ya Khaliq. Jawapan yang mudah tetapi diakui amat berat untuk dilakukan.
Dan ketahuilah Allah sangat mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam Al-Quran dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar.
Allah berfirman yang bermaksud : “Demi fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah.” (Surah Al-Fajr ayat 89)
Allah S.W.T juga telah berfirman : “Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.” (Surah Al-Isra’ ayat 78)
(2) Apabila seorang lelaki istiqamah menunaikan solat jemaah di masjid terutama solat Subuh merupakan seorang yang mengutamakan Allah Ta’ala dalam segala hal yang dia lakukan, juga mencintai Penciptanya, sudah tentu dia seorang yang mencintai Rasulullah S.A.W, rasul junjungan umat Islam. Jika dia mencintai baginda Rasulullah S.A.W, sudah tentu segala ajaran, sunnah, bimbingan dari Baginda S.A.W diikutinya. Kerana itu juga dia menjadikan Rasulullah S.A.W dan para salafussoleh sebagai teladan. Dan percaya akan rahsia kemenangan Islam seperti perjuangan Rasulullah S.A.W serta para sahabat beribu-ribu tahun dahulu.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Jika kamu menolong agama Allah, maka Dia pasti akan menolongmu dan menguhkan kedudukannya.” (Surah Muhammad ayat 7 )
(3) Seterusnya, jika seorang lelaki istiqamah menunaikan solat jemaah di masjid terutama solat Subuh merupakan seorang hamba Allah yang taat padaNya, rasulNya, sudah semestinya dia sangat taat kepada ibu bapanya. Anak yang soleh tidak akan sesekali melebihkan dirinya mengatasi ibu bapa sehingga sanggup mendahulukan diri sendiri berbanding keperluan mereka. Lelaki seperti ini sudah tentu hormat akan ibu bapanya. Juga adik-beradiknya dan ahli keluarga yang lain serta menghormati orang lain. Baik yang muda ataupun yang lebih tua.
“Orang yang sempurna kemanusiaannya ialah orang yang taat kepada ibu bapanya, menghubungi kerabatnya, hormat kepada kawan-kawannya dan baik budi kepada keluarga.” (Al-Fudail bin Iyad)
Bagi saya, tidak mustahillah bahawa lelaki yang mengutamakan hal ini merupakan seorang yang berpegang teguh dengana agama Islam kerana dia mengutamakan Allah Ta’ala, Rasulullah S.A.W serta ibu bapanya. Dan sudah semestinya dia seorang yang meletakkan perasaan hormatnya yang paling tinggi terhadap Penciptanya, Rasulnya dan ibu bapanya.
Jika dia menghormati 3 yang dinyatakan di atas, sudah tentu dia akan menghormati ahli keluarga, sahabat, orang yang lebih tua, orang yang lebih muda dan jika ingin mencari seorang isteri – sudah tentu dia akan menghormati wanita tersebut. Dan satu lagi perkara yang dapat dilihat adalah apabila lelaki itu menekankan aspek ini dalam kehidupan sehariannya, justeru apabila dia mendirikan rumah tangga, pasti hal ini yang akan diterapkan kepada isteri dan anak-anaknya. Apabila anak-anaknya melihat dan melakukan perkara yang sama, ia akan berkembang generasi demi generasi. Apabila semakin ramai yang melaksanakan solat Subuh berjemaah ini, makin bertambahlah kekuatan umat Islam!
Jika kita lihat apa yang berlaku pada hari ini, ramai umat Islam yang berlumba-lumba melakukan solat sunat Aidilfitri dan solat sunat Aidiladha secara berjemaah. Namun, apabila tibanya solat-solat wajib terutama Subuh, fenomena ini jarang dijumpai. Lihat saja di masjid atau surau yang berdekatan. Ia mungkin dipenuhi ketika solat wajib yang lain. Tapi, solat Subuh? Mungkin bilangan Muslim yang melakukannya secara berjemaah boleh dikira dengan jari. Apa pun alasan kita, solat Subuh berjemaah wajar diutamakan daripada sebarang solat sunat. Cuba kita semua bayangkan sekiranya solat Subuh berjemaah seperti solat sunat Aidilfitri berjemaah dan solat sunat Aidiladha berjemaah. Allahuakbar! Di situlah terletaknya kekuatan umat kita – umat Rasulullah S.A.W.
Ironinya, semua solat mudah dikerjakan secara berjemaah (bagi yang biasa) tapi bukan mudah untuk seseorang itu untuk bangun solat Subuh berjemaah. Sebab itulah Allah meletakkan ganjaran solat Subuh berjemaah antara yang paling besar pahalanya. Solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh ganjarannya seperti dunia dan segala isinya.
Sabda Rasulullah SAW: “Solat dua rakaat (sebelum) solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
Saya ingin berkongsi kenyataan di FB yang dipos oleh hamba-hamba Allah yang mengutarakan pendapat yang sama.
“Pilihlah bakal suami yang menjaga solatnya dan sering solat berjemaah di masjid terutama solat subuh. Pilihlah bakal suami yang mampu menerima kita seadanya terutama kekurangan kita dan berusaha mendidik kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.” (syahirul.com)
“Bakal-bakal ayah kalau solat subuh pun tak jaga,
Janganlah cerita hendak memetik buah dari syurga,
Nanti mahu didik anak dengan contoh yang bagaimana?
Kalau diri tidak bersedia tapi sibuk nak bernikah sahaja.” (Afdholul Rahman – LangitIlahi.com)
Saya juga teringat kata-kata pensyarah saya yang sangat saya hormati ketika beliau sedang mengajar di dalam kelas iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang kini menjadi penceramah bebas di TV Al-Hijrah. Alhamdulillah.
“Kalau kamu mahu mencari bakal suami, kamu mesti mencari yang menjaga solat Subuhnya. Kerana apa? Kerana solat Subuhlah yang paling sukar dilakukan oleh Muslim. Nak melawan nafsu, godaan syaitan yang suruh sambung tidur, bukan mudah. Dan kalau kamu mahu yang lebih baik, carilah yang mendirikan solat Subuh berjemaah. Ya. Mungkin ramai yang boleh mendirikan solat Subuh. Tapi, yang mendirikan secara berjemaah bukan senang nak jumpa.”
Lelaki yang istiqamah menunaikan solat jemaah di masjid terutama Subuh adalah wajar dijadikan calon suami. Hal ini kerana inilah permulaan yang membawa kepada perkara baik yang lain-lain akan dilakukan oleh seorang suami dari setiap genap sudut. Namun, saya cuma manusia biasa. Yang ada impian dan harapan. Saya cuma manusia yang tidak sempurna sama sekali. Tidaklah layak untuk menerima bakal suami seperti yang dinyatakan di atas.
Fitrah dunia jika kita inginkan seseorang yang mempunyai sifat atau karakter lain dari yang lain dan yang paling utama segala yang kita impikan pasti baik-baik belaka. Saya tidak terkecuali dari impian ini. Benar. Namun, tidak semestinya kita akan dapat apa yang kita impikan kerana wajib untuk kita berserah dan pecaya pada qada’ dan qadar yang telah Allah Ta’ala tentukan untuk kita semua. Saya sama sekali tidak mengatakan pendapat ini adalah yang terbaik kerana saya yakin masih ramai muslimat yang mempunyai pendapat yang lebih baik. Dan saya yakin bahawa pendapat kalian jauh lebih baik daripada saya. InsyaAllah.
Tetapi, ingatlah wahai muslimat yang dicintai Allah Ta’ala…

“Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat denganNya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cintaNya tidak mengecewakan.” (dipetik dari Blog Sebarkan Bahagia – Ustazah Fatimah Syarha)
“Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta!” (dipetik dari Segmen Remaja : Majalah Solusi Edisi 36 – Ustazah Fatimah Syarha)


Wajarlah untuk kita tidak terlalu memikirkan soal jodoh. Kerana masih banyak lagi tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah untuk dilaksanakan. Ini sekadar pandangan dari diri saya sendiri. Tidak lebih dari itu. Saya bukanlah seorang ahli ulama. Saya bukan juga seorang ustazah. Saya bukannya yang pandai berbicara baik dalam berkata-kata mahupun dalam penulisan. Saya cuma manusia biasa. Hamba yang hina di mata Allah Azza Wa Jalla. Setiap apa yang saya coretkan ini hanyalah pandangan semata. Untuk dibuat muhasabah bersama.


Semoga DIA permudahkan niat kita semua untuk menjadi bakal isteri yang solehah sebelum memiliki bakal suami yang soleh. Mungkin tidak boleh sepenuhnya tapi mencuba dan berusaha untuk ke arah itu pasti boleh. Insyaallah.


Ingatlah saranan Rasulullah S.A.W.


LELAKI : Solat subuh berjemaah di masjid


WANITA : Lebih afdhal solat di rumah pada awal waktu tetapi tidak ditegah jika ingin berjemaah di masjid.
Sesungguhnya, solat itu tiang agama. Di akhirat nanti, yang mula-mula akan dinilai adalah solat. Kerana solat itu adalah diutamakan oleh Allah Ta’ala. Orang yang mengutamakan solat adalah orang yang mengutamakan Allah.


Untuk golongan wanita mahupun lelaki yang berhasrat mencari calon suami atau isteri suatu hari nanti, pilihan di tangan anda.



What you give, you get back. ^_^
Moga Allah redha. Wallahu’alam.






Saturday, August 6, 2011

salam RAMADHAN al-Mubarak~~



assalam sahabat2~selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak~alhamdulillah~dapat lagi kita bertemu Ramadhan tahun ini~moga Allah membuka hati kita untuk lebih dekat kepada-Nya pada bulan ini~mari kita memeriahkan Ramadhan kali ini dengan amalan2 yang menambah pahala & keberkatan~moga kita semua dapat beroleh kemenangan d Aidilfitri kelak~insyaALLAH~
(ni sebagai panduan buat yg mungkin ingat2 lupa mcm saya..hehe-niat puasa & doa berbuka)
(jom~p masjid/surau berdekatan utk tunaikan solat tarawih berjemaah)

(amalan2 yg boleh diamalkan d bulan Ramadhan- tadarus Al-Quran, sedekah, amal jariah,zakat fitrah)
------->doa 10 malam terakhir:-
----->sahur jangan lupa ya!!

ok~mari siap sedia untuk Ramadhan~wahai sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian~

Friday, July 15, 2011

diam~diam~jatuh hati~^_^


assalammualaikum smua~dh lama rasanya xmenjenguk blog yg xseberapa ni~huhuhu~walaupun keinginan nk menulis tu tinggi tp kekangan dari tugas2 harian agak membantutkan sedikit keinginan tu~pepun sy akan pastikan blog ini sentiasa hidup walaupun mgkin suatu ketika nnti mengambil lg masa yg lama utk meng'update'nya~hehehe~dah alang2 menjengah ni~sy selitkn sdikit kupasan yg diambil ketika membaca blog2 sahabat2 bloger di luar sana~hope it give u a good information & advisable~jom!!sama2 baca n hayati isinya~hehe~
nnti rajin ckit sy update bhn laen plak ye~
credit to : baihaqi.net

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta SeKalian Makhluk ALLAH SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT (Naudzubillaahimindzalik).

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Diam Orang Mukmin Itu Ibadah.

Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula dalam ingatan.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

*HIKMAH DIAM.

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).
Madah Dari Hukama:

Banyak Diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara.

Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salah memikirkan kesilapan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

*Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berkata-kata ke arah perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih lagi mulia serta terpuji yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri seseorang manusia itu.

*Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak.
[Orang yang 'Alim (Berilmu tinggi@banyak ilmu) biasanya PENDIAM.]

Alhamdulillah....Wallahu'alam

Jazakallaahu Khoiron Katsiiro, Wabaarokallaahu Fiikum, Wabillaahi Taufiq Wa Hidayah

Sila Share & Promote Blog u-jamv2.0 ----> http://u-jam.blogspot.com/2010/07/cinta-dalam-diam.html
credit to baihaqi.net~

Friday, April 1, 2011

pesanan Rasulullah s.a.w kpd puterinya~


[sumber: majalah Hidayah]

Ya Fatimah~
kepada wanita membuat tepung untuk suami & anak-anaknya, Allah tetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan & meningkatkan darjat wanita itu.
*************************************************************************
Ya Fatimah~
kepada wanita yang berpeluh ketika menumbuk tepung untuk suami & anak-anaknya, nescaya Allah s.w.t mejadikannya dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.
*************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyisirnya & mencuci pakaiannya, melainkan Allah s.w.t akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memeberi makan 1000 orang yang kelaparan & memberi pakaian 1000 orang yang telanjang.
**************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah s.w.t akan menahannya dari minum telaga Kautsar pada hari kiamat nanti.
***************************************************************************
Ya Fatimah~
yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami tehadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah s.w.t.
****************************************************************************
Ya Fatimah~
apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, setiap hari 1000 kebaikan serta melebur 1000 kejelekan, ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah s.w.t menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan daripada kandungan ibunya. Apabila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang meupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji & umrah, dan 1000 malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
****************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya 1000 kebaikan. dan Allah memberikan kepadanya
pahala 100 kali beribadah haji & umrah.
*****************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah s.w.t memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
******************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melaikan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu & yang akan datang.
*******************************************************************************
Ya Fatimah~
tiadalah wanita yang meminyaki kepada suami & menyikatkannya, meminyaki janggut & memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang dikemaskan indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya, serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi shiratulmustaqim dengan selamat.

****************************************************************************

Saturday, January 29, 2011

Menu penghujung bulan Januari~sempena nk balek kampung!!^^

assalammualaikum~dh lama rasanya xupdate blog ni~sebenarnya sedang mencari2 idea utk penambahbaikan blog ni sbb 2 la dh bersawang ckit~hehehe
utk entri kali ni nk share menu2 dari rumah bujang yg simple tp sedap~hehehe
smuanya idea dari housemate sy aka 'chef ' d umah sewa bujang ktorg~
nah~tanpa membuang masa saya tampilkan:-
jeng3!!!

SUP DAGING::~

nampak sedap kn??hehe^^
klau nk rasa kena cuba buat dulu~
sapa2 nk resepi habaq mai na~hehe
lagi 1~jeng3!!
 KARIPAP SARDIN::~

hehehe~nk resepi dia???
try buka facebook saya utk maklumat lanjut~
hehehe~
ni semua menu ari sabtu~smlm punya~
so~ada rasa2 nk cuba??boleh2~nnti dh cuba bleh bagi saya rasa ckit~hehe
papun sempena nk balek kg xlama lg(lagi 2hari) sempena cuti raya cina~nk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat semua kawan2 chinese sekalian~selamat bercuti buat sapa2 yg boleh bercuti~nnti dh susah nk balik kg dh~cuti pjg dh xdak~huhuhu~
pepun~smoga azam tahun baru kali ini dpt dilaksanakan dan yg paling penting smoga semua urusan sentiasa dalam redha ALLAH S.W.T~amin~
ingat selalu ALLAH sentiasa melihat kita~
baeklah~sampai sini dulu~nanti kalau rajin saya update lagi~sbrg candangan &komen amatla dialu2kan~
Assalamamualaikum~~(^_^)

Saturday, November 27, 2010

starting point!!

assalammualaikum warahmatullah~
saya mulakn dunia blog saya dgn petikan surah al-fatihah~semoga blog saya dapat diterima oleh semua pihak dan mendatangkan mafaat buat semua~insyaALLAH~amin